Every Ramadhan, Mak ada group tadarus khas and seperti biasa, Mak akan mem-volunteer-kan dirinya untuk menjadi salah seorang host a.k.a tuan rumah untuk sesi mengaji. Dia ada banyak sesi sebab group ni mengaji tiap-tiap hari. So tiap-tiap hari mengaji lain rumah tapi since ada dalam kalangan ahlinya yang bekerja, mereka yang bekerjaya terpaksa la pergi hujung minggu saja termasuk la diri saya yang jahil ni. Saya join Sabtu dan Ahad saja. Bukan sebagai ahli tapi pengikut bonda saya. Muehehe. Maklumla, semua ahli dah veteran dan advanced.. nanti bila dah expert boleh la jadi ahli, inshaAllah :)
Sebenarnya, saya ni nak cakap mengenai doorgift. Kebiasaanya, kalau kita pergi mana-mana majlis, kebanyakkan tuan rumah akan sediakan doorgift sebagai buah tangan untuk kita bawa balik. Saya suka bab dapat benda free ni, siapa tak suka benda free? Nothing is free dah sekarang ni, semua kena keluar duit. Tsk tsk.
Anyways, berbalik pada doorgift. Since Jumaat ni turn Mak jadi host tadarus, malam semalam saya pun tolong Mak saya packkan doorgift untuk kumpulan tadarus dia. Semuanya 50 orang. Dah berapa minggu dah Mak tanya barang apa nak bagi, tak ada jawapan sampai la Sabtu lepas. Mula-mula nak bagi kurma tapi semua orang dah bagi kurma, nanti berlebihan had pula buah kurma kat rumah masing-masing. Huhu bestfriend Mak pun cadangkan Mak bagi serunding since Mak saya ni memang terkenal dengan sifat dia yang pemurah dan baik hati. Pantang tengok orang susah, mesti dia nak tolong.
Aik, apa dah melalut ni? Apa kena mengena serunding, baik hati, orang susah dan nak tolong? Aih, okay berbalik pada serunding.. Mak beli serunding ikut kilogram. So, saya terpaksa la timbang balik, masukkan dalam bekas cantik-cantik untuk dimasukkan dalam beg doorgift. Dari balik kerja sampai ke buka puasa, stop lepas tu sambung balik lepas tarawikh, sampai la kejong urat tengkuk duduk mengadap bekas polisterin dan serunding tu.. akhirnya alhamdulillah selesai kesemua 49 bekas. Sebenarnya nak buat 50 bekas, tapi beg doorgift satu MIA. Siapa entah bawa main, so tinggal 49 saja la. Kakak saya yang tinggi lampai tukang masukkan barang-barang dalam beg doorgift. Kiranya semua ada peranan masing-masing la. Gitu, kerjasama sangat~ haha
Bekas polisterin yang dibeli di Star Enterprise
Kertas minyak dipotong dan dimasukkan mengikut saiz bekas sebelum meletakkan serunding
Tadaaa, dah siap 200gm serunding untuk setiap orang
Jus MariGold yang citarasa. Lain perisa lain harga, tapi harga sekotak tak melebihi RM5
Beg yang dibeli di GM, KL. Harga asal RM1.60 tapi pakcik tauke bagi RM1 (sebab beli 50pcs). Muahaha
Beg yang dibeli di GM, KL. Harga asal RM1.60 tapi pakcik tauke bagi RM1 (sebab beli 50pcs). Muahaha
Antara doorgift yang dah siap diisikan Jus MariGold dan serunding
Suka sangat Mak jadi host, dari pagi sampai ke midnight la kata orang, lepas tu sambung balik lepas sahur, non-stop mengemas. Just to make sure everything is in place and ready for tomorrow :) Well, I hope everything run smoothly. As for now, happy fasting! TTYL
Yours truly
x