Wednesday, December 10, 2008

One Litre of Tears

Saya ada satu rahsia yang ingin saya kongsi bersama anda semua. Sebelum itu saya ingin meminta maaf jika terdapat kesalahan tatabahasa dalam penulisan saya ini. Sebenarnya saya tidak tahu bagaimana ingin menceritakan hal ini kerana saya sendiri tidak dapat membezakan hal ini, samada ia adalah satu kelemahan ataupun kelebihan yang ada dalam diri saya. Hanya andalah yang boleh menjadi penentu kepada apa yang bakal saya ceritakan ini. Selama saya hidup di dunia ini, setiap kali saya menonton cerita-cerita di kaca televisyen mahupun VCD dan DVD, tidak kiralah cerita Melayu, Cina, Arab, India, Jepun, Korea mahupun Tamil. Saya akan menangis jika terdapat babak-babak yang menyentuh perasaan saya. Kakak saya sering mengatakan bahawa saya gila dan terlalu emosional. Salahkah saya terlalu sensitif dan emosional apabila menonton cerita-cerita tersebut?


Sesetengah orang tidak boleh menerima babak-babak sedih, yang bagi saya sememangnya sedih kerana saya sering membayangkan dan meletakkan diri saya di dalam diri pelakon tersebut. Salahkah saya berbuat demikian? Saya sendiri musykil dengan apa yang telah saya lakukan selama ini. Begitulah kisahnya. Saya adalah seorang yang senang menitiskan air mata apabila menonton kisah-kisah benar mahupun fantasi. Cerita yang paling menyayatkan hati saya setakat ini semestinya adalah 'One Litre of Tears' yang membuatkan kedua mata saya bengkak GILA seperti disengat lebah dan beberapa kotak tisu habis digunakan. Mungkin ada orang lain di luar sana mempunyai sifat seumpama saya. Itulah sifat yang ada dalam diri saya yang sebenar dan saya tidak malu untuk ceritakan kepada anda semua.

Sekian,
Terima Kasih.